Aset Koperasi: Stesen Minyak Esso

Stesen Minyak Esso Kepunyaan Koperasi Green ini terletak di jalan masuk ke kawasan Perumahan Taman Perumahan, Batu 7, Jalan Labuk, Sandakan. Ianya telah mula beroperasi pada tahun 1980. Stesen Minyak ini adalah merupakan perniagaan terawal Koperasi Green. Ianya bukan hanya memberi kemudahan mengisi minyak untuk ahli-ahli Koperasi dan masyarakat setempat, tetapi juga telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak ahli Koperasi Green disamping menyumbang kewangan kepada tabung Koperasi Green. Stesen ini dilengkapi dengan CCTV untuk tujuan sekuriti stesen disamping membolehkan pemantauan pekerja-pekerja stesen.
Maklumat lanjut: Perniagaan/stesen minyak esso