Language:   

Stesen Minyak Esso:

Perniagaan Stesen Esso bermula pada tahun 1980 yang terletak di Taman Rimba Batu 7, Sandakan. Perniagaan ini adalah menggunakan modal Koperasi sendiri di mana pembinaan stesen adalah atas biaya Koperasi. Dengan itu, Koperasi menikmati komisen penuh daripada penjualan minyak yang dibekalkan oleh ESSO. Setelah melalui hasil daripada masalah pengurusan dalam perniagaan, Stesen ESSO milik Koperasi ini telah menampakkan hasil daripada pelaburan yang telah dilakukan.

 

Pengurusan dan Pentadbiran Stesen:

Pada tahun 2006/07 satu cadangan rombakan penstrukturan organisasi dan perjawatan yang baru telah dibuat dimana Jawatan Penyelia dan Pembantu Penyelia dimansuhkan dan Jawatan Juruwang/Cashier digantikan kepada Pembantu Tadbir Rendah I ( Juruwang ) manakala Pembantu Tadbir Rendah II ( Pembantu Stesen ).

 

Perhidmatan layan Diri

Stesen ESSO mula menggunakan sistem layan diri sepenuhnya pada 1 Januari 2003. Pada awal sistem ini diperkenalkan, kakitangan Esoo adalah bertanggungjawab unutk memberi tunjuk ajar kepada para pelanggan cara mengisi minyak dengan betul. Tidak ada sebarang masalah besar berkaitan dengan sistem ini.

 

Penggunaan Sistem Satelit

Sistem ini mula digunakan pada 1 Julai 2004. Penggunaan sistem ini untuk tujuan:

 

1. Kad Xchange

Penggunaan sistem ini dapat mengelakkan penipuan dalam pemberian mata ganjaran (point) kerana pelanggan perlu membawa bersama kad xchange mereka semasa berurusniaga. Mata ganjaran akan diberikan berdasarkan jumlah belian dan tidak ada penambahan mata ganjaran diberi. Dengan sistem ini tidak ada lagi tuntuan mata ganjaran yang berlebihan seperti sebelumnya.

 

2. Kad Kredit

Sistem ini dapat mengelak penipuan kad kredit, jika didapati berlaku pelanggan terpaksa membayar menggunakan wang tunai.

 

3. Sistem Rangkaian Intergrasi Maklumat

Dipasang agar dapat menghubungkan terus maklumat dan data jualan Stesen Minyak Koperasi kepada Ibu Pejabat Exxon di KLCC, Kuala Lumpur.

 

4. Penjimatan Kos Telefon

Pihak Koperasi dapat menjimatkan kos penggunaan telefon berbanding pada masa lalu di mana penggunaan Kad Kredit dan Kad Xchange menggunakan talian telefon untuk beroperasi.