Language:   

Perumahan:

Pembangunan Projek Perumahan Taman Sri Rimba Fasa 2 adalah salah satu daripada principal activities koperasi ini dan juga lanjutan daripada projek perumahan koperasi sebelumnya.

 

Projek Taman Sri Rimba Fasa 2 dipersetujui untuk dibangunkan secara usahsama antara The Green Co-operative Society Limited dengan Wah Mei Realty Sdn.Bhd melalui satu Surat Perjanjian Usahasama yang telahpun ditandatangani pada 12 April 1999 atas persetujuan anggota-anggota The Green Co-operative Society Limited melalui Mesyuarat Agung Khas yang telah diadakan pada 17 Disember 1998.

 

Antara jenis-jenis rumah yang dibangunkan oleh Wah Mei Realtydibawah usahasama ini ialah :

 

No

Jenis rumah

Bilangan unit

1

Semi D

30

2

Teres Jenis A

254

3

Teres Jenis B

140

4

Apartment

180

 

Jumlah

604

 

Dalam Projek Usahasama ini Koperasi  juga memberi manfaat kepada anggota-anggota yang membelinya, antaranya memberi subsidi sebanyak RM10,000.00 mengikut jenis rumah yang dibeli dan sekaligus menawarkan Skim Pinjaman Perumahan bagi membantu anggota-anggota yang tidak layak menikmati pinjaman perumahan kerajaan bagi membeli rumah tersebut.


Melalui skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh Koperasi seramai 12 anggota yang telah diluluskan dengan kadar faedah sebanyak 5% dan pembayaran balik ansuran melalui potongan gaji yang diterima dari Disember 2005.